SYARAT-SYARAT KURSUS

YURAN KURSUS :

Bayaran yuran bagi mengikuti Kursus Pra Perkahwinan adalah sebanyak RM120.00 seorang bagi 13 tajuk kursus berkuatkuasa mulai 01.09.2007.
Sila bawa bersama :
~ gambar berukuran pasport (bertudung bagi perempuan dan bersongkok bagi lelaki)
~ salinan IC

PAKAIAN :

Peserta kursus hendaklah berpakaian yang menutup aurat. Lelaki berbaju melayu dan bersongkok. Wanita berbaju kurung dan bertudung.

KEHADIRAN :

Peserta kursus hendaklah menghadiri setiap sesi yang dijalankan di sepanjang kursus. Peserta yang gagal menghadiri mana-mana tajuk atau lewat lebih daripada 15 minit selepas sesi bermula dikehendaki mengulangtajuk berkenaan pada masa yang akan datang dengan memaklumkan kepada pihak pengajur dan tindakan penangguhan sijil akan dilakukan.






IKLAN